Oppa Bear · Buatan Malaysia

Teddy Bear Besar Malaysia

Teddy bear gergasi 60cm hingga 180cm, dijahit dan disumbat dengan tangan di Malaysia. Penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung, sampai hari yang sama di Lembah Klang, dan kad ucapan percuma untuk setiap pesanan.

Panduan saiz teddy bear

Saiz teddy bear Oppa Bear dan kegunaannya
SaizSesuai untuk
60–80cmTeman tidur atau sofa. Muat dalam kereta, sesuai untuk kanak-kanak.
100–120cmSaiz “peluk besar” paling popular, lebih kurang setinggi kanak-kanak 7 tahun.
140–160cmHampir setinggi orang dewasa. Kejutan besar untuk hari jadi dan ulang tahun.
180cmSaiz sebenar manusia, untuk saat yang mesti diingati seperti lamaran.

Pilih reka bentuk

  • Fluffy Bear Bulu lembut, 7 saiz (60–180cm), 4 warna: coklat, coklat cair, merah jambu, putih.
  • Iloveu Bear Memegang hati “I Love You”. Pilihan untuk ulang tahun, Hari Kekasih dan lamaran.
  • Panda Bear Panda hitam putih, 60–160cm. Kegemaran kanak-kanak.
  • Coco Bear Warna terang merah atau biru, 100–160cm.
  • American Bear Bulu panjang, 100cm, 130cm dan 160cm, dalam tiga warna.

Penghantaran dan ambil sendiri

  • Semenanjung Malaysia: percuma, 1–3 hari bekerja selepas dihantar.
  • Sabah, Sarawak dan Labuan: RM10, 2–5 hari bekerja.
  • Same-day di Lembah Klang: tempah sebelum 2 petang (Isnin–Sabtu), sampai sebelum 6 petang. Harga RM12 hingga RM36 ikut zon poskod. Semak kawasan anda.
  • Ambil sendiri: percuma di kedai kami di Puchong, Selangor.

Soalan lazim

Saiz teddy bear mana yang paling popular?

100cm dan 120cm ialah saiz yang paling ramai pilih untuk teddy bear besar pertama. 160cm dan 180cm untuk hadiah yang memenuhi bilik.

Boleh hantar pada hari yang sama?

Boleh, di Lembah Klang. Tempah sebelum 2 petang (Isnin hingga Sabtu) dan kami hantar sebelum 6 petang hari itu. Harga ikut zon poskod anda, dan semua saiz boleh dihantar.

Berapa caj penghantaran?

Percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia (1–3 hari bekerja) dan RM10 ke Sabah, Sarawak dan Labuan (2–5 hari bekerja). Ambil sendiri di kedai kami di Puchong juga percuma.

Kenapa teddy bear sampai nampak kempis?

Teddy bear besar dibungkus vakum supaya selamat semasa penghantaran. Buka bungkusan, tepuk dan goncang perlahan, dan biarkan beberapa jam. Ia akan kembang semula ke saiz penuh.

Adakah saiz tepat seperti yang tertera?

Setiap teddy bear dijahit dan disumbat dengan tangan, jadi saiz boleh berbeza kira-kira 4–8cm.

Boleh tulis kad ucapan?

Boleh. Kad ucapan percuma untuk setiap pesanan. Tulis mesej anda di halaman checkout.

Cara bayaran?

FPX perbankan dalam talian, kad kredit dan debit (Visa, Mastercard), e-wallet (GrabPay, Touch ’n Go eWallet, ShopeePay, Maybank QRPay) dan DuitNow QR, diproses dengan selamat melalui CHIP.

Boleh pulangkan barang?

Kami tidak menerima pulangan kerana tukar fikiran. Jika teddy bear rosak, salah atau tidak lengkap, laporkan dalam masa 3 hari selepas terima dan kami akan ganti atau pulangkan wang.

Sedia untuk pilih teddy bear anda?

Beli sekarang