Apakah tips membeli teddy bear untuk yang tersayang ?
Kami di OppaBear memahami soalan ini sering menjadi persoalan bagi ramai orang. Ada yang ingin menghadiahkan teddy bear untuk anak-anak malah kepada teman wanita yang disayangi namun risau dengan pemilihan mereka.
Jadi dibawah ini kami sediakan beberapa tips penting sebelum anda membuat pembelian teddy bear kepada yang tersayang !
Pastikan Mereka Minat Teddy Bear
Ya, ini adalah antara yang paling penting dalam pemilihan teddy bear. Pastikan mereka memang minat teddy bear. Anda boleh lihat bagaimana persekitaran mereka, reaksi mereka dengan teddy bear di kedai. Anda juga boleh bertanya kepada rakan baik atau keluarga mereka.
Warna Teddy Bear
Ini juga adalah sangat penting. Tidak semua orang suka warna pink atau merah jambu, atau sebagainya. Pastikan warna teddy bear juga merupakan warna yang disukai dan sedap dipandang oleh orang yang tersayang.
Saiz Teddy Bear
Saiz teddy juga memainkan peranan penting. Bayangkan jika anda menghadiahkan anak anda yang masih kecil teddy bear yang terlalu besar, sudah pasti mereka tidak akan bermain dengan teddy bear tersebut kerana ianya terlalu besar dan menggunakan tenaga yang banyak untuk menggerakkan teddy bear tersebut. Sekiranya anda ingin menghadiahkan teddy bear untuk menjadi bantal peluk, pastikan sesuai dengan saiz mereka.
Sudah dapat jawapan daripada persoalan diatas ? Barulah pilihan teddy bear yang anda beli akan lebih sesuai dan disukai oleh bakal pemiliknya !
Diharap tips membeli teddy bear diatas dapat membantu anda dalam membuat pemilihan pembelian teddy bear.
Jangan risau, kami di OppaBear mempunyai teddy bear yang pelbagai dan sesuai untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.
Dapatkan servis perkhidmatan surprise delivery teddy bear disini : https://oppabear.com/perkhidmatan-surprise-delivery-teddy-bear.
Layari laman sosial kami seperti dibawah untuk pelbagai promosi dan diskaun khas untuk anda :
Facebook : Oppa Bear HQ.
Instagram : Oppa Bear HQ.