Kebanyakan daripada kita khususnya ibu bapa sering menghadiahkan teddy bear kepada anak gadis mereka sejak dari mereka kecil lagi tetapi tidak mengambil berat mengenai penjagaan teddy bear dengan baik. Teddy bear yang tidak bersih memberi impak kepada kesihatan pemiliknya sebagai contoh seperti asma, selsema dan sebagainya.
Kami akan kongsikan beberapa tips penjagaan teddy bear untuk memastikan teddy bear yang anda miliki sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan baik.
- Lap teddy bear dengan kain yang lembap dan bersih.
Lap teddy bear dengan kain yang lembap dan bersih untuk memastikan teddy bear tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan segar. Anda boleh lapkan permukaan teddy bear dengan perlahan-lahan untuk memastikan kekotoran tidak akan tertinggal pada bulu teddy bear.
- Semak label pada teddy bear anda.
Semak label pada teddy bear anda dan sekiranya teddy bear anda boleh dibasuh, basuh dengan air suam atau sejuk. Sekiranya teddy bear anda tidak boleh dibasuh dengan mesin basuh, elakkan daripada berbuat demikian.
- Buang habuk pada teddy bear menggunakan vacuum atau berus.
Sekiranya teddy bear anda tidak perlu untuk dibasuh atau dilap, anda boleh gunakan vacuum untuk membuang segala habuk pada teddy bear atau menggunakan berus lembut untuk memastikan struktur teddy bear kekal seperti asal.
- Elakkan mengeringkan teddy bear pada cuaca yang panas atau menggunakan pengering.
Untuk mengeringkan teddy bear, elakkan untuk menjemur teddy bear pada cuaca yang panas atau menggunakan pengering untuk mengelakkan daripada warna teddy bear menjadi semakin pudar.
Diharap tips penjagaan teddy bear diatas dapat membantu anda dalam memastikan teddy bear sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan baik.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan teddy bear yang besar, berkualiti dengan harga yang berpatutan sebagai kejutan bagi yang tersayang anda boleh dapatkannya di OppaBear.com !
Atau layari laman sosial kami seperti dibawah :
Facebook : Oppa Bear HQ.
Instagram : OppaBearHQ.
Bagaimana pula dengan pendapat anda, bagaimana penjagaan teddy bear anda ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.